LEMBAGA 

                        KETUA TINGKATAN

                             SESI PETANG!

1.0 Pengenalan

 PENGENALAN:

    

            Lembaga Ketua Tingkatan SMK Sacred Heart merupakan satu lembaga yang ditubuhkan untuk menyatupadukan semua Ketua Tingkatan yang berkhidmat untuk sekolah. Lembaga Ketua Tingkatan adalah bertujuan untuk merancang, menyelaras , mengawal dan menyempurnakan  urusan yang diamanahkan oleh pihak sekolah dalam merealisasikan misi dan visi sekolah ke arah menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

 

            Selain itu, Lembaga Ketua Tingkatan bermotif untuk memastikan semua Ketua Tingkatan adalah berdisiplin, amanah, cekap, efektif, dan efisien dalam menjalankan tugas mereka. Ketua Tingkatan dilantik bukan sahaja membantu para guru dalam segala urusan seperti memastikan buku kedatangan siap ditandatangani pada setiap pagi, buku pergerakan pelajar siap diisi pada setiap waktu, buku berkaitan denganjadual perancangan dan pemantauan kerja rumah lengkapdiisi, dan memastikan keadaan kelas adalah kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga membantu guru menyediakan bahan bantu mengajar untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar sepanjang hari.

 

            Dalam usaha melatih Ketua Tingkatan yang berdisiplin dan menguatkan semangat mereka, maka ikrar, moto, misi, visi dan logo Lembaga Ketua Tingkatan telah diperkenalkan. Semua Ketua Tingkatan yang berkhidmat di sekolah masih berjaya menunjukkan penampilan diri yang baik dan sentiasa menjaga imej pihak sekolah. Hal ini dapat dilihat walaupun bukan semua bekas Ketua Tingkatan memegang bidang kerjaya yang profesional, namun kebanyakan Ketua Tingkatan yang dilahirkan di SMK Sacred Heart berjaya dalam kehidupan mereka. Mereka dapat mencari pekerjaan yang baik dan banyak dalam kalangan Ketua Tingkatan menceburi diri dalam bidang perguruan.

 

            Penubuhan Lembaga Ketua Tingkatan turut bertujuan untuk menjaga kebajikan para Ketua Tingkatan dan memastikan semua Ketua Tingkatan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh badan pengurusan sekolah. Ketua Tingkatan bukan sahaja merupakan pemimpin sekolah, malah juga merupakan pemimpin dalam kelas. Oleh itu, disiplin yang baik merupakan elemen utama yang perlu ada pada setiap Ketua Tingkatan agar menjadi teladan kepada para pelajar yang lain.

 

            Kini, Lembaga Ketua Tingkatan SMK Sacred Heart semakin aktif dan berkembang maju atas pimpinan, tunjuk ajar, dan dorongan daripada pengetua sekolah kami tanpa perasaan penat lelah, iaitu Encik Vincent Liong Shou Chuan yang sentiasa memberi perubahan dan pembaharuan dalam pengurusan Lembaga Ketua Tingkatan dalam usaha menjadikan Lembaga Ketua Tingkatan SMK Sacred Heart sebagai sebuah lembaga yang berjaya mendapat pengiktirafan dan penghargaan di Malaysia.